Archive for Israel

Bersatu teguh!! Bercerai roboh!!

Posted in Perjalan Hidup with tags , , , , , , , on 13 July, 2014 by 4R Admin

Aku rasa ungkapan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ telah lama dilupakan oleh kebanyakkan orang-orang Melayu. Semangat bersatu-padu, tolong-menolong dan hormat menghormati, bagaikan telah pudar dan hampir ditelan zaman.

Aku sendiri tidak mengerti mengapa Melayu kini lebih suka bersengketa, kata-mengata dan yang lebih teruk, bila melihat orang lain maju, mulalah mencari jalan untuk menjatuhkan orang itu. Penyakit hasad dengki, iri hati, bagaikan telah sebati di dalam darah daging orang-orang Melayu itu sendiri.

Pergolakkan di Gaza, bumi yang sering kali dibasahi darah orang-orang Palestine akibat kekejaman tentera Zionis, telah mendapat perhatian dan tarikan untuk diikuti oleh semua Muslim tidak kira di mana mereka berada termasuklah orang kita yaitu orang Melayu Islam di Singapura dan tetangga terdekat Melayu Islam di Malaysia.

Berita yang dilaporkan di saluran TV Suria mengenai pergolakkan di Gaza itu telah membuatkan ramai di antara kita marah dan ‘naik angin’ kerana berpendapat berita dan laporan yang disampaikan begitu berat sebelah, tidak menggambarkan keadaan yang sebenar berlaku di Gaza dan ianya seperti membayangkan bahawa pemerintah Singapura bersikap pro-Israel. Ianya bergitu berbeza dengan laporan dan berita yang disiarkan di TV1 dan TV3 siaran TV Malaysia yang jelas menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku di sana. Sememangnya tidak dapat dinafikan, laporan sedemikian yang berat sebelah, bukan baru sahaja berlaku. Ianya telah berlaku semenjak zaman perang teluk, Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Iraq.

Apa yang menarik perhatian adalah, apabila Astro Awani (media Malaysia melalui Facebook) melaporkan berita berkenaan rakyat Singapura bersimpati dengan penduduk Palestine, tetapi pemerintahnya condong memihak kepada Israel, ramai yang dari Malaysia menulis di ruangan komen dengan melahirkan rasa benci terhadap Singapura yang pro-Israel dan menganggap atau melabelkan Singapura sebagai serambi Israel, Little Israel dan pelbagai lagi ungkapan yang kalau dibaca oleh Melayu Singapura sememangnya boleh memanaskan telinga, hati dan perasaan. Dengan ini, bermulah episod kata-mengata, keji-mengeji yang dilemparkan antara Melayu Singapura dan Melayu Malaysia. Ianya secara tidak langsung telah menimbulkan ketengangan ‘alam maya’ antara dua Melayu yang sememangnya sudah bermula semenjak Singapura mengistiharkan kenaikkan levi kenderaan asing yang memasuki Singapura yang akan dilaksanakan pada August 2014.

Dua puak Melayu yang dipisahkan oleh Selat Johor, tidak sedar apa yang diperkatakan tidak boleh memberikan apa-apa keuntungan, malah, jauh sekali dari mengubah nasib saudara kita di bumi Palestin. Kata cacian dan makian tidak dapat mendirikan sebuah negara Palestine yang teguh lagi kukuh dari terus menjadi santapan ganas pihak Zionis. Apa yang paling sedikit perlu kita lakukan adalah sama-sama berdoa agar saudara kita di sana dilindungi Allah dan semoga Dia memberikan kekuatan untuk menentang Zionis yang zalim.

Marilah kita bersama melupakan pertikaian antara kita. Ketepikan fahaman politik dan sikap negatif yang boleh melemahkan kita sebagai satu kaum yang bersatu-padu. Ingatlah tiada apa pun yang dapat meleraikan kekuatan silatur-rahim seandainya kita bersatu. Seandainya kita sesama sendiri bertelagah, bagaimanakah kita dapat menolong saudara kita di sana? Seperti yang aku nyatakan tadi, paling sedikit kita dapat membantu saudara kita di Palestine adalah dengan berdoa kerana doa itu adalah senjata orang-orang mukmin yang sejati. Wallahu a’lam.

Antara ‘screenshots’ yang diambil dari ruangan komen Facebook:

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kecaman yang boleh menggugat keamanan:

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Petikan dari Media Astro Awani :

Rakyat Singapura simpati Gaza, kerajaan condong memihak Israel

SINGAPURA: Sokongan rakyat Singapura terhadap penduduk Gaza yang kini sedang berdepan serangan ganas tentera rejim Zionis dilaporkan semakin meningkat biarpun kenyataan rasmi kerajaan republik itu dilihat agak memihak kepada Israel.

Sebuah laman Facebook yang diberi nama Singaporeans Stand With Palestine yang dibuka pada 2010 mencatatkan peningkatan sehingga 10,000 pendukung yang baru minggu ini saja, lapor Yahoo! News.

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan yang meningkat dan meminta “serangan roket ke atas Israel mesti dihentikan serta merta.”

Kenyataan itu juga menyeru Israel untuk “sedaya upaya menahan diri’ bagi mengelakkan korban nyawa yang tidak berdosa.

“Semua pihak mesti segera mencari jalan untuk mengendurkan keadaan, berusaha ke arah gencatan senjata dan memastikan keselamatan semua orang awam,” kata kenyataan itu seperti disiarkan oleh The Straits Times.

Kenyataan rasmi republik itu dipersoalkan oleh sesetengah rakyatnya sendiri serta warga Malaysia dan Indonesia di jaringan media sosial. Mereka mempertikaikan kenapa Singapura tidak meminta Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.

Beberapa pengguna jaringan Facebook juga memuat naik rakaman imej daripada siaran berita televisyen di saluran Suria yang melaporkan kenyataan Kementerian Luar itu.

Mereka mempersoalkan nada kenyataan tersebut. Komen-komen mereka jelas membayangkan rasa kurang senang dengan gaya laporan saluran televisyen berbahasa Melayu itu.

Singapura mempunyai hubungan diplomatik serta jalinan kerjasama perdagangan dan ketenteraan dengan Israel.
Rakyat Singapura simpati Gaza, kerajaan condong memihak Israel
http://www.astroawani.com/news/show/rakyat-singapura-simpati-gaza-kerajaan-condong-memihak-israel-39620?cp

 

Pergolakkan Di Bumi Palestine

Posted in Perjalan Hidup with tags , , , , , , , , , , on 11 July, 2014 by 4R Admin

20140711-032647-12407489.jpg
Baru-baru ini saluran Melayu TV Suria ada menyiarkan berita mengenai konflik berdarah di Gaza. Serangan yang tidak berperi-kemanusiaan dan kejam dilakukan oleh Zionis terhadap penduduk Palestine, telah membuatkan ramai dari kita di Singapura, malah di seluruh dunia Islam marah dan mengutuk tindakkan sedemikian. Kita merasakan dunia tidak berlaku adil kerana membiarkan pembunuhan dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa dibela nasib rakyat Palestine yang malang itu. Perasaan marah kita begitu meluap-luap sehinggakan banyak komen yang diutarakan di lelaman facebook mengutuk tindakkan Israel sehingga terhambur kata-kata kesat dan makian yang melampau.

Secara tidak langsung, saluran TV Suria dan pemerintah Singapura menjadi cacian dan tohmahan oleh pengguna Facebook kerana berpendapat, pembaca berita di Suria seperti bersekongkol dan menyetujui sikap pemerintah yang seperti menyokong tindakan kejam tentera Zionis.

Pada pendapat saya, ramai diantara kita tersalah anggap dan memahami apa yang disampaikan oleh pembaca berita berkenaan. Saya sendiri pada mulanya apabila membaca tajuk berita itu, seperti tidak puas hati dan marah kerana ianya seperti menyokong dan mengharuskan Israel mempertahankan diri apabila diserang. Maka timbullah persoalan, siapa serang siapa dan siapa sebenarnya yang mengganas? Mengapa pihak Hamas dipersalahkan sedangkan kita tahu tentera Israel dengan sewenang-wenangnya melancarkan serangan peluru berpandu keatas rakyat Palestine yang tidak bersalah diatas penculikkan dan pembunuhan tiga remaja Israel. Tajuknya adalah seperti berikut.

> Singapura amat prihatin
> Serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan
> Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam

Sekali imbas bila kita membaca petikan tajuk sedemikian, seolah-olah ianya seperti menggambarkan:

‘Singapura amat prihatin, serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan. Israel perlu mempertahankan dirinya untuk mengelakkan kematian orang awamnya.’

Sekiranya kita betul-betul mengamati tajuk yang diberikan, kita akan dapati tajuk yang diberikan tidak bersangkut-paut diantara satu sama yang lain.

Ianya seharusnya difahami seperti berikut:

> Singapura amat prihatin. (Pergolakkan di Carikkan Gaza)

> Serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan. (Serangan provokatif oleh Hamas perlu segera dihentikan demi mengelakkan pergolakkan berlanjutan)

> Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam. (Israel perlu menahan dirinya dari melakukan serangan balas keatas Palestin demi mengelakkan kematian orang awam Palestin yang tidak berdosa).

Dalam membalas serangan militan Hamas, perlulah Israel sedaya upayanya mencegah kematian orang-orang yang tidak bersalah yaitu wanita dan kanak-kanak. (lihat bulatan merah)

Di sini perlulah diingatkan bahawa saya bukanlah penyokong tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin yang lemah dan tidak bersenjata untuk mempertahan diri mereka. Apa yang perlu saya nyatakan di sini adalah sikap segelintir pembaca yang cepat melatah bila mendapati sesuatu berita tanpa memahami maksud yang sebenar. Apatah lagi menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya diluahkan hanya kerana salah kita yang tidak membaca dengan teliti dan memahami erti maksud yang hendak disampaikan sehinggakan pihak yang tidak bersalah seperti pembaca berita dan saluran TV Suria dituduh menjadi tali barut pemerintah yang menyokong atau bersekutu dengan Israel.

Di hari baik (Jumaat) dan bulan mulia Ramadhan ini, saya mengingatkan diri saya dan anda sekalian, perlulah kita bersikap bersangka baik. Hindarkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang boleh menggugat institusi dan nama baik kita sebagai ummat Islam. Semoga Allah memberikan kekuatan sebagai seorang muslimin yang menegakkan syiar Islam dan membela saudara kita yang sedang diancam dan ditindas di bumi Palestine. Insya-Allah.