About Me

DSC02060

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Singapura. Ibu dan bapa berasal dari Alor Gajah, Melaka. Setelah tamat persekolahan, seperti anak lelaki muda yang lain, aku menjalani perkhidmatan negara (NS) pada usia ku mencecah 21 tahun. Banyak sekali pengalaman dan pelajaran berharga yang aku timba semasa berkhidmat selama dua setengah tahun di dalam Pasukan Polis Singapura. Kisah suka dan duka, pahit dan manis dirasakan sehinggalah akhirnya aku mendapatkan kembali kad pengenalan merah sebagai tanda berakhirnya status aku sebagai budak NS atau istilah inggerisnya NSman.

Aku terus mencari dan mendapatkan pekerjaan secepat mungkin kerana tidak mahu istilah penganggur melekat pada diri ku ini. Alhamdullillah… aku berjaya mendapatkan pekerjaan tidak kurang sebulan selepas tamat perkhidmatan negara dan menjawat jawatan sebagai jurulakar atau draftsman di dalam sebuah syarikat besar dan ternama di Singapura.

Aku mendirikan rumah tangga tidak lama kemudian bersama orang yang sememangnya aku kenali semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Masa berlalu begitu pantas. Kini telah empat belas tahun kami hidup sebagai suami isteri dan yang lebih membahagiakan lagi bila kami dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

Aku berharap kebahgiaan yang dikecapi akan terus berpanjangan sehingga akhir hayat. Semoga Allah mendengar dan menerima doaku selama ini. Amin ya Rabbal Alamin….

Wassalam…

Video Keluargaku

Brutal Leo

Brutal Leo

Brutal Leo

AddThis Feed Button

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: