Pergolakkan Di Bumi Palestine

20140711-032647-12407489.jpg
Baru-baru ini saluran Melayu TV Suria ada menyiarkan berita mengenai konflik berdarah di Gaza. Serangan yang tidak berperi-kemanusiaan dan kejam dilakukan oleh Zionis terhadap penduduk Palestine, telah membuatkan ramai dari kita di Singapura, malah di seluruh dunia Islam marah dan mengutuk tindakkan sedemikian. Kita merasakan dunia tidak berlaku adil kerana membiarkan pembunuhan dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa dibela nasib rakyat Palestine yang malang itu. Perasaan marah kita begitu meluap-luap sehinggakan banyak komen yang diutarakan di lelaman facebook mengutuk tindakkan Israel sehingga terhambur kata-kata kesat dan makian yang melampau.

Secara tidak langsung, saluran TV Suria dan pemerintah Singapura menjadi cacian dan tohmahan oleh pengguna Facebook kerana berpendapat, pembaca berita di Suria seperti bersekongkol dan menyetujui sikap pemerintah yang seperti menyokong tindakan kejam tentera Zionis.

Pada pendapat saya, ramai diantara kita tersalah anggap dan memahami apa yang disampaikan oleh pembaca berita berkenaan. Saya sendiri pada mulanya apabila membaca tajuk berita itu, seperti tidak puas hati dan marah kerana ianya seperti menyokong dan mengharuskan Israel mempertahankan diri apabila diserang. Maka timbullah persoalan, siapa serang siapa dan siapa sebenarnya yang mengganas? Mengapa pihak Hamas dipersalahkan sedangkan kita tahu tentera Israel dengan sewenang-wenangnya melancarkan serangan peluru berpandu keatas rakyat Palestine yang tidak bersalah diatas penculikkan dan pembunuhan tiga remaja Israel. Tajuknya adalah seperti berikut.

> Singapura amat prihatin
> Serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan
> Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam

Sekali imbas bila kita membaca petikan tajuk sedemikian, seolah-olah ianya seperti menggambarkan:

‘Singapura amat prihatin, serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan. Israel perlu mempertahankan dirinya untuk mengelakkan kematian orang awamnya.’

Sekiranya kita betul-betul mengamati tajuk yang diberikan, kita akan dapati tajuk yang diberikan tidak bersangkut-paut diantara satu sama yang lain.

Ianya seharusnya difahami seperti berikut:

> Singapura amat prihatin. (Pergolakkan di Carikkan Gaza)

> Serangan terhadap Israel perlu segera dihentikan. (Serangan provokatif oleh Hamas perlu segera dihentikan demi mengelakkan pergolakkan berlanjutan)

> Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam. (Israel perlu menahan dirinya dari melakukan serangan balas keatas Palestin demi mengelakkan kematian orang awam Palestin yang tidak berdosa).

Dalam membalas serangan militan Hamas, perlulah Israel sedaya upayanya mencegah kematian orang-orang yang tidak bersalah yaitu wanita dan kanak-kanak. (lihat bulatan merah)

Di sini perlulah diingatkan bahawa saya bukanlah penyokong tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin yang lemah dan tidak bersenjata untuk mempertahan diri mereka. Apa yang perlu saya nyatakan di sini adalah sikap segelintir pembaca yang cepat melatah bila mendapati sesuatu berita tanpa memahami maksud yang sebenar. Apatah lagi menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya diluahkan hanya kerana salah kita yang tidak membaca dengan teliti dan memahami erti maksud yang hendak disampaikan sehinggakan pihak yang tidak bersalah seperti pembaca berita dan saluran TV Suria dituduh menjadi tali barut pemerintah yang menyokong atau bersekutu dengan Israel.

Di hari baik (Jumaat) dan bulan mulia Ramadhan ini, saya mengingatkan diri saya dan anda sekalian, perlulah kita bersikap bersangka baik. Hindarkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang boleh menggugat institusi dan nama baik kita sebagai ummat Islam. Semoga Allah memberikan kekuatan sebagai seorang muslimin yang menegakkan syiar Islam dan membela saudara kita yang sedang diancam dan ditindas di bumi Palestine. Insya-Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: