Majlis Iftar Pertapis 2012

Assalamualaikum…. Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengemas kini blog ini, hari ini tergerak pula untuk menulis.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana berada. Semoga bulan yang penuh berkah ini akan menjadikan kita insan yang lebih mensyukuri nikmat dan rahmat Allah, dengan menambahkan amalan dan ibadah kita.

Pada hari ini, aku diberikan kesempatan untuk berbuka puasa di rumah peralihan kelolaan Pertapis.

20120729-001200.jpg

Aku bersama isteri dan dua orang anak tiba di Pertapis sekitar jam 6 petang. Pada waktu itu, masih belum ramai tetamu yang hadir, mungkin masih terlalu awal. Aku diberitahu bahawa majlis iftar ini diadakan adalah untuk meraikan para penerima bantuan kewangan bulanan dan juga pada insan yang kurang upaya seperti mereka yang berkerusi roda dan cacat penglihatan.

Hampir masuk pada waktu berbuka, keadaan ruang berbuka puasa di bawah kemah yang didirikan, telah dipenuhi oleh para hadirin. Para sukarelawan sibuk melayan para hadirin dengan memberikan mereka jamuan dan minuman untuk berbuka puasa.

Aku amat teruja dengan ketekunan para sukarelawan yang boleh di katakan masih muda dan ada pula yang masih remaja menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan. Tergambar dan terserlah dari raut wajah masing-masing bahawa apa yang dilakukan adalah kerana ingin menolong dan berkongsi nikmat di bulan Ramadhan bersama- sama para penerima bantuan.

20120729-003014.jpg

Setelah selesai berbuka puasa, para penerima beratur untuk mendapatkan habuan masing-masing. Setiap penerima mendapat wang tunai yang aku tidak tahu berapa jumlahnya dan juga beberapa barangan keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan makanan di dalam tin.

Kunjungan aku di Pertapis ini amat membuka mata dan naluri hati. Aku benar-benar dapat merasakan bahawa, di negara kita ini masih ada orang susah yang mengharapkan bantuan. Mereka sanggup datang walaupun dalam keadaan keuzuran. Bertongkat dan berkerusi roda. Ada warga tua yang seperti memaksakan diri menghadiri majlis ini semata-mata kerana tidak mahu melepaskan peluang menerima habuan walaupun terpaksa hadir dengan keadaan yang terhenjut-henjut dengan sebelah tangan memegang tongkat dan yang sebelah lagi menarik troli yang bakal diisi dengan habuan yang bakal diterima. Dapat aku rasakan mereka amat menghargai dan mengharapkan pemberian ini.

Selama ini, bila aku merasakan kepayahan sedikit, atau kerumitan yang diberikan Allah, tidak sedikit sebanyak, aku akan mengeluh, dan bertanya kenapa aku diberikan kesusahan sedemikian rupa. Tapi, setelah aku sendiri menyaksikan keadaan orang yang lebih susah dan lebih dhaif dari diri ini… aku dapat merasakan betapa beruntung dan bernasib baik diri aku sekeluarga berbanding mereka ini. Aku sedar dan insaf bahawa Allah masih memberikan aku nikmat yang aku patut mensyukuri..

Teman dan pembaca budiman. Kita seharusnya mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Seandainya kita merasakan bahawa hidup yang kita lalui ini amat perit dan menyusahkan, haruslah kita ketahui, masih ramai lagi insan yang jauh lebih susah dan perit
menderita dalam mengharungi kehidupan seharian. Semoga dengan berfikiran sedemikian, kita akan menjadi insan yang lebih mensyukuri rahmat Allah, malah akan juga menjadi insan yang suka memberikan bantuan dan juga dermawan… Insya Allah. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: