Larian Obor YOG 2010

Aku dan teman-temanku dari Team Bt Timah telah diberi kesempatan untuk memberikan sokongan kepada Zainal  Mohd Nani yang telah terpilih untuk mewakili Agensi Persekitaran National (NEA) untuk larian obor YOG 2010 yang buat julung-julung kalinya diadakan di Singapura. Sebagai teman sekerja di dalam satu pasukan, kami berasa begitu bangga dan gembira kerana pemilihan untuk menjadi salah seorang pelari obor bukanlah mudah. Ia berdasarkan sumbangan kepada masyarakat di atas sifat kecermelangan, persahabatan dan penghormatan.

Bt Timah Team

(Have made their community better with their deeds of Excellence, Friendship or Respect)Jam 8.15 pagi, kami telah pun berada di tempat di mana Zainal dijadualkan memulakan lariannya (Tiang lampu 135) Dunearn Road, walaupun dia dijadualkan berlari pada jam 9.00 pagi. Kami harus memastikan kami tiba di tempat itu lebih awal kerana khuatir akan terperangkap  di dalam kesesakan lalulintas di waktu pagi.

Hampir ke pukul 9 pagi, dari jauh kami melihat rombongan larian obor YOG menghampiri. Pelbagai kenderaan polis bantuan mendahului rombongan untuk memastikan tiada kenderaan menghalang atau menyekat para pelari obor dan juga perjalanan kenderaan rombongan YOG, melalui tempat kami berdiri. Dari kejauhan kami dapat merasakan kemeriahan dan kehangatan yang mengiringi rombongan YOG. Pekikan dan sorakan para penyokong pelari begitu jelas kedengaran.

Laluan Dunearn Road

Masa yang dinanti pun tiba. Kenderaan bas YOG yang membawa pelari obor YOG tiba di tempat kami berdiri. Sambil melambai kepada kami, Zainal turun dari bas YOG. Kami sempat bersalaman dan bergambar kenangan sementara menanti ketibaan pelari obor yang bakal diganti olehnya. Suasana kemeriahan amat terasa bagaikan sebuah pesta perayaan, sambil kenderaan-kenderaan YOG melalui tempat di mana kami berdiri.

Mengambil alih Obor YOG

Tatkala kenderaan yang membawa wartawan dan jurugambar media melewati kami diikuti pelari obor, Zainal telah pun bersedia untuk mengambil alih obor larian dari pelari itu. Mereka sempat bergambar sebelum Zainal memulakan lariannya. Aku dan teman-teman ikut berlari di tepi jalan kerana tidak mahu melepaskan peluang merakamkan detik-detik bersejarah itu melalui lensa kamera dan rakaman video. Selang beberapa minit larian, kami pun tiba di tempat pertukaran.

Melangkah menuju kecermelangan

Di sini, Zainal menyerahkan nyalaan obor kepada pelari gantiannya. Mereka juga sempat bergambar sebelum pelari gantiannya meneruskan larian obor. Walaupun detik-detik larian dirasakan begitu singkat sekali, namun kami berasa amat berpuas hati kerana dapat merasakan suasana perayaan sempena Sukan YOG yang bakal berlansung, walaupun ketika itu kami sedang berpuasa.

Tidak lama kemudian tibalah kenderaan akhir yang membawa bekas pelari obor. Zainal sempat melambaikan tangan kepada kami sebelum dia melompat naik ke atas bas YOG. Lambaiaannya penuh bermakna, mungkin sebagai tanda ucapan terima kasihnya kepada kami kerana telah bersusah payah hadir untuk memberikan sokongan.

Selamat tinggal teman....

Kami sebagai warga negara Singapura juga amat berterima-kasih kepada pemerintah kerana usaha-usaha murni yang dilakukan demi memastikan sukan berprestij yang sulung kali diadakan khas untuk para belia, benar benar berlangsung di sini. Kini impian Singapura untuk menjadi hos sukan telah pun berjaya dikecapi….

Dari kejauhan kami, melambai kembali kepada Zainal dan rombongan YOGnya berlalu pergi sambil diiringi oleh pasukan polis bantuan…. lantas terus menghilang dari pandangan…

Bas yang dinaiki bekas pelari Obor YOG

Untuk lain-lain gambar, harap klik di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: