Pantai East Coast & Changi Airport Terminal 3

Hari Sabtu, 5 June 2010, aku bersama keluarga sempat menghabiskan waktu bersiar-siar sambil berbasikal di pantai East Coast. Kami tiba di sana lebih kurang jam 3.30 petang, dan tempat yang menjadi pilihan kami  pada kali ini terletak berhampiran dengan pusat makanan, East Coast Food Village. yang berdekatan dengan Bedok Jetty.

Pada ketika itu keadaan tidak begitu ramai dengan para pengunjung, jadi senang juga untuk kita mendapatkan tempat untuk bersantai. Anak-anak aku menyewa basikal untuk ‘meneroka’ kawasan pantai. Cuaca pula tidak begitu panas cuma tiupan angin saja yang agak berkurangan. Aku juga sempat menemani anak-anak ku berbasikal sehingga ke penghujung Bedok Jetty.

Di Bedok Jetty, terdapat ramai keluarga meluangkan masa memancing bersama. Tidak kurang juga kaki-kaki pancing yang datang bersama rakan-rakan dan temanita. Inilah agaknya masa untuk mereka berehat di hujung minggu, selain menghabiskan masa sempena musim cuti sekolah seperti aku yang tidak sempat untuk bercuti ke luar negara. Di sini tiupan angin agak kencang berbeza dari tiupan di pantai. Maklumlah ianya terletak agak jauh ke tengah lautan.

Salah satu dari basikal yang disewa.

Setelah puas berbasikal dan berehat, masa penyewaan basikal pun tamat. Kami memulangkan basikal, lalu menuju ke pusat makanan untuk mengisi perut. Waktu sudah pun hampir  tujuh malam. Keadaan di pusat penjaja ini penuh sesak dengan para pengunjung. Amat berbeza sewaktu kami tiba tadi. Setelah agak lama menunggu barulah kami mendat tempat duduk, itupun hanya untuk empat orang sahaja. Kami terpaksa berkongsi tempat duduk. Isteriku memesan sate untuk santapan kami anak beranak dan juga kepak ayam panggang.

Setelah mengisi perut, destinasi kami adalah Terminal 3, Changi International Airport. Sememangnya setelah dibuka, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Puas aku mencari tempat meletak kereta di Terminal 3 ini tetapi kebanyakkan lot untuk meletak kereta telah penuh sehingga memaksa aku mencari tempat kosong sehingga ke basemen tiga. Lega rasanya bila tempat meletak kereta telah aku dapatkan.

Dari tempat meletak  kereta bertingkat, kami menuju ke dalam bangunan terminal. Keadaan di basemen tiga bangunan agak lengang sehinggalah naik ke basemen dua. Di sini keadaan nyaberbeza sekali. Terdapat ramai pengunjung di sini. Maklumlah pusat makan terletak di basemen dua. Patutlah susah sangat aku mendapatkan tempat meletak kereta. Selain pusat makanan, juga terdapat kedai kedai menjual pelbagai barangan perhiasaan dan juga ada NTUC Fairprice Supermarket.

               

Aku meluangkan masa di sebuah unit permainan arked. Anak anak ku membelanjakan sedikit wang untuk bermain disini. Setelah puas bermain dan kredit di kad permainan kehabisan, kami memulakan langkah sekali lagi untuk meronda-ronda di dalam bangunan Terminal 3 ini. Kami berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat, dari hujung bangunan ke penghujung bangunan sehinggalah kami memutuskan untuk pulang sahaja kerana sudah kehabisan tenaga…. Sebelum menuju ke basemen tempat meletak kereta, anak anak ku sempat berbelanja di Times Bookstore dengan membeli beberapa batang pena dan alat permainan. Selepas itu kami terus pergi ke basemen tiga dan setelah mendapatkan kenderaan kami, aku terus memandu keluar dari bangunan menuju ke rumah.

Sepanjang perjalanan sempat pula anak-anak aku mengadu kerana perut mereka keroncong. Terpaksalah aku singgah di Pusat Makanan Adam Road untuk membelikan mereka makan. Setiba di pusat makanan, isteriku turun untuk membeli makanan sedangkan aku hanya tunggu di kenderaan kerana anak aku yang kecil sudah pun tidur. Tidak sempat pulang ke rumah, makanan yang dibeli dimakan sahaja di dalam kenderaan.

Setelah kenyang, aku pun memulakan kembali perjalan untuk pulang ke rumah. Kami tiba di rumah tatkala hampir ke dua belas malam. Oh… begitu penat sekali….

Untuk melihat pada lain-lain gambar seterusnya, harap klik disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: