Erti Pengorbanan…

Masjid Ahmad Ibrahim

Masjid Ahmad Ibrahim

Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada tanggal 8 haribulan Disember. Lebih menyeronokkan lagi ianya jatuh pada hari Isnin. Ini bermakna cuti hujung minggu yang panjang. Bagi mereka yang gemar melancong, pasti tidak akan melepaskan peluang keluar negara untuk bercuti apatah lagi sekarang ni musim cuti persekolahan.

Bagi kami sekeluarga pula seperti tahun-tahun yang sudah, pasti akan berkunjung ke masjid untuk melihat upacara korban. Masjid yang selalu kami sekeluarga kunjungi adalah Masjid Darul Makmur di Yishun dan juga Masjid Ahmad Ibrahim yang terletak di Jalan Ulu Seletar.

Pagi Aidil Adha yang syahdu dimulai dengan hujan seawal dua pagi lagi. Suhu yang dingin pada pagi itu amat ketara sekali. Hujan berlarutan sehingga selasai solat Aidil Adha. Pemergian kami sekeluarga terpaksa ditangguhkan memandangkan hujan yang tidak henti-henti.

Setelah hujan agak reda, barulah kami memulakan perjalan untuk ke masjid. Masjid yang pertama kami kunjungi adalah Masjid Darul Makmur. Setiba kami di sana hujan masih turun membasahi bumi. Ramai juga para jemaah yang hadir untuk menyaksikan upacara korban. Oleh kerana kawasan masjid yang agak terhad, mungkin pihak pentadbir masjid terpaksa mengepong kawasan-kawasan tertentu di tempat penyembelihan agar tidak dimasuki jemaah bagi mengelakkan keadaan sesak dan kelancaran upacara korban. Hanya peserta korban sahaja yang dibenarkan berada di kawasan berkenaan ketika tiba masa untuk kambingnya disembelih.

Sementara menunggu masa untuk mendapatkan daging korban, para jemaah dijamu dengan hidangan nasi beryani daging kambing korban. Nasi beryani ini dihidangkan di atas dulang dan dikongsi bersama empat orang. Kami sekeluarga berpeluang merasakannya dan memang tidak dinafikan lagi, rasanya cukup enak apatah lagi bila dimakan beramai- ramai.

Sebelum kami berangkat ke Masjid Ahmad Ibrahim, sempat juga kami mendapatkan sedikit daging korban yang sememangnya dibahagi-bahagikan kepada para jemaah. Tatkala kami meninggalkan Masjid Darul Makmur hujan renyai masih turun membasahi bumi…..

Destinasi seterusnya adalah Masjid Ahmad Ibrahim. Kebetulan pula makcik kami ada menempah dua ekor kambing

Kambing korban

Kambing korban

untuk dikorbankan. Kami tiba setelah kambingnya disembelih dan sedang disiat kulitnya. Jemaah yang hadir agak ramai juga. Kelebihan di upacara korban di masjid ini adalah kawasan penyembelihannya yang agak luas. Para jemaah dibenarkan menyaksikan upacara penyembelihan dari jarak dekat. Kanak kanak termasuk orang dewasa sendiri tidak melepaskan peluang untuk melihat bagaimana binatang korban ini disembelih. Maklumlah setahun sekali.

Suasana korban di persekitaran Masjid Ahmad Ibrahim sungguh teratur dari tempat kambing dikandang sehinggalah ke tempat penyembelihan, tempat dibuang kulit kambing sehinggalah tempat ia dipotong dan ditimbang. Sukarelawan pula tanpa mengenal erti penat berkerja dengan tekun sehinggakan kelancaran upacara korban hampir tiada kelihatan kegenjotan atau timbulnya masalah. Masing masing tahu dengan tugas yang diberikan oleh pentadbir masjid. Pengorbanan masa yang mereka lakukan memang sangat-sangat dihargai. Bayangkanlah, tanpa sukarelawan bagaimanakah upacara ini dapat dilakukan?

Setelah menunggu kambing yang disembelih untuk diambil bahagiannya, kini tiba giliran makcik kami untuk mendapatkan bahagiannya pula. Memang niat dia mengambil bahgian daging korbannya untuk dimasak dan dibahagi-bahagikan pada yang memerlukan. Setelah mendapatkan bahagiannya kami pun mula melangkah untuk pulang dengan anak- anak kami membawa seribu macam kenangan dan pelajaran mengenai upacara korban dan bagaimana ia dilakukan. Cuma bagi kanak-kanak sekecil anak kami mungkin masih belum mengerti erti sebenar pengorbanan hidup di alam fana ini. Masa sahaja yang pasti akan mengajar mereka erti sebenar sebuah pengorbanan yang memang maha luas pengertiannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: