Siapa tu….?

1226816973

Kisah yang agak seram dan misteri ini terjadi berapa tahun yang lalu. Ianya dialami kakak ku di rumahnya sendiri. Untuk menceritakan kisah misteri ini, biarlah aku namakan kakakku sebagai Kak Ann sahaja.

Ketika itu Kak Ann sudah pun berumah-tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata yang pada masa kejadian baru berusia lima tahun. Kak Ann dan anaknya selalu berkunjung ke rumah ku pada siang hari tatkala suaminya keluar bekerja. Sebenarnya, Kak Ann adalah seorang yang cacat penglihatan. Suaminya membenarkan dia dan anaknya menghabiskan masa di rumahku atas sebab-sebab keselamatan. Maklumlah anaknya masih kecil dan kakak ku pula tiada daya penglihatannya.

Kisah misteri ini bermula apabila Kak Ann mula mendapat maklum balas dari beberapa orang ipar-duainya berkenaan kejadian aneh yang berlaku di rumah Kak Ann, ketika dia tiada di rumah. Salah seorang iparnya mengadu bahawa dia cuba menelefon ke rumah Kak Ann untuk bertanya khabar dan berbual kosong tetapi taliannya tidak berjawab. Dicubanya sekali lagi, manalah tahu percubaan yang pertama tadi tersasar taliannya. Kali ini setelah dua atau tiga kali deringan, ada suara mirip seorang nenek tua yang menjawab…..!!!

” Helloooo…. siapa tu……?” kata suara itu separuh berbisik.
“Mmmm… Itu rumah Kak Ann? Boleh saya bercakap dengannya?”
“Dia takda..a.a..” ringkas saja jawab suara yang terketar-ketar itu.
“Hah! Dia takda? Dia ke mana…?”
“Nenek tak tau…..” balas suara itu lagi.
“Tapi.. ni siapa?” tanya adik ipar Kak Ann yang mulai curiga. Setahunya, tiada orang tua yang tinggal di rumah itu. Kak Ann hanya tinggal tiga beranak sahaja. Seandainya suara itu kenalan Kak Ann, mana mungkin dia meninggalkan tetamu seorang diri di rumah. Pasti ada sesuatu yang tak kena. Suara itu membisu seketika…
“Siapa ni…? Boleh saya tahu…?” ulang adik ipar Kak Ann seperti tidak sabar ingin tahu. Hatinya hampir cemas.

“Ini nenek dari Bukit Merah……..”, jawab suara itu. Talian telefon lantas terputus. Adik ipar Kak Ann terpinga-pinga seperti tidak percaya dengan apa yang baru dialaminya. Mustahil.
“Agaknya aku salah nombor tak?”, bisik hati kecilnya. Ditekannya nombor telefon Kak Ann sekali lagi untuk mempastikan yang kejadian tadi memang disebabkan tersalah talian. Telefon berdering lagi. Kali ini tiada jawapan.
“Ah… confirmlah, tadi agaknya aku tersalah nombor….”

Pada kesempatan yang lain, tatkala ipar Kak Ann menghubunginya, dia menceritakan apa yang berlaku kelmarin. Kak Ann berasa hairan dengan kisah itu lantas menafikan ada menerima tetamu di rumahnya. Dia lalu menyatakan pada iparnya mungkin itu hanya kesilapan talian sahaja. Tiada apa-apa yang patut ditakutkan.

Hari berganti hari, minggu pun berganti minggu. Kisah yang diceritakan oleh iparnya dahulu telah dapat dilupakan. Walaupun pada mulanya perasaan seram menyelubungi dirinya, namun dia tidak mahu terikut-ikut melayan resa hati. Dikhuatiri nanti dia akan susah kerana berasa takut dirumah sendiri.

Segala perasaan takut kembali menular setelah Kak Ann mendapat satu lagi cerita, kali ini dari kakak ipar Kak Ann pula.

” Semalam aku telefon rumah kau, ada orang tua yang jawab. Aku tanya di mana kau, dia cakap kau takda. Bila aku tanya siapa dia pulak, dia jawab nenek dari Bukit Merah, lepas tu terus dia letak telefon. Aku telefon balik, takda pulak orang yang angkat. Hairan jugak aku. Siapa agaknya yang aku telefon?”

“Alaa… salah dail nombor tak?” Kak Ann cuba berfikiran positif.

“Ntah eh…, tapi… kalau nak kata salah nombor, kakak dail dari phonebook handphone pe… semua dah tersenarai, mana boleh silap….”

Darah Kak Ann mula berderau. Jantungnya berdebar-debar. Dia mula bertanya dan memikirkan sesuatu. Siapa pula yang menjawab telefon di rumah bila dia tiada. Seandainya ini kes salah dail, takkan sampai kedua-dua iparnya tersalah nombor, dan kalau salah nombor sekalipun, takkanlah kedua-duanya tersilap dail ke nombor yang sama!!!

……bersambung……


AddThis Feed Button

One Response to “Siapa tu….?”

  1. Sukmairama Says:

    ini betul2 seram, kalau aku dah angkat kaki cabut dari rumah tu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: