Pandang Kehadapan…

Masa berlalu begitu pantas dan cepat sekali. Tanpa disedari, kini telah tdsc000402iba ke hampir penghujung tahun. Hati kecilku sesekali mengeluh dan menyesali, aduhai masa telah meninggalkan ku dengan begitu pantas.. tapi, bila mengimbas kembali, apakah perkara yang bermakna telah aku lakukan sepanjang tahun? Selain dari bekerja untuk diri dan keluarga, tiada peningkatan yang telah aku lakukan. Tiada perubahan yang telah aku lakukan. Aku masih di takuk yang sama, di takuk yang lama. Tidak ada pembaharuan tidak ada perubahan. Sayang sekali…

Memang lumrah manusia agaknya. Selalu lupa dan alpa untuk menilai diri sendiri sehingga keadaan menjadi agak terlewat baru tersedar. Ibarat kata sudah terhantuk baru terngadah. Aku salah satu darinya… Seandainya dari dahulu aku lakukan sesuatu untuk peningkatan diri, pasti, setidak-tidaknya aku berganjak juga dari tapak yang lama. Misalnya.. seperti orang yang berhutang. Yalah, dalam sebulan kalau dijelaskan walaupun satu sen pun, pasti ada kurangnya. Perumpamaan ini hanyalah relevan dari konteks Islam saja. Kalau hutang yang ada interest tu lainlah cerita.

Agaknya setiap tahun aku kena tanamkan azam. Mungkin dengan berazam, aku akan berusaha untuk memenuhi azam itu. Dengan ada usaha pasti azam aku akan terlaksana. Tidaklah lagi setiap hujung tahun bila aku toleh ke belakang, aku akan menyesali dan menyalahi diri kerana tidak berbuat sesuatu…

Langkah pertama, aku berazam untuk pandang kehadapan dan tidak lagi menoleh kebelakang dan menyesali perkara yang sudah berlalu. Penuhi visi yang telah aku lakarkan satu persatu, agar hidup terus berpandu ke arah tuju. Ya Rabbi tunjukkan lah aku…

Wassalam

Brutal Leo


AddThis Feed Button


AddThis Feed Button

One Response to “Pandang Kehadapan…”

  1. Mawar Berduri Says:

    Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk merubah nasib mereka sendiri.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: